Macam mana nak jadi kejam macam kau ? Boleh ajar aku ? Actually aku pelik dan kagum juga sometimes dengan orang jenis macam kau ni. Like seriously, macam mana kau buat ? Serious aku nak tahu macam mana perasaan kau masa kau buat tu. Aku nak cuba buat, aku nak cuba tengok muka orang tu kecewa bila aku buat macam apa yang kau buat. Aku nak cuba buat rayuan orang tu macam daun kering kat tepi jalan dan aku pijak tanpa perasaan. Mungkin betul apa yang dia cakap, "mungkin kita pun pernah buat kat orang lain cuma kita je yang tak tahu, tak perasan." Mungkin juga kau tak tahu dan tak perasan yang tindakan kau tu akan sakitkan orang lain. Sakitkan aku dengan dia. Sebab itu memang tabiat kau. Macam mana kau boleh pentingkan diri sendiri dan tak fikir perasaan orang lain ? Tapi aku dengan dia orang lain ke bagi kau ? Heh aku memang cakap dengan dia macam tu tapi dia tak tahu apa aku rasa dekat kau masa tu. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Aku tak kata aku baik cuma aku tak boleh kalau biar orang minta tolong aku dan aku tak tolong. Atau bila orang tu minta aku teman tapi aku tak teman. Tak sampai hati akhirnya orang tu terpaksa pergi sorang-sorang. Walaupun aku terpaksa menyusahkan diri sendiri, kelam-kabut habiskan kerja yang tengah buat untuk teman dia. Dan aku langsung tak rasa yang aku ni baik bila buat macam tu melainkan aku ni cuma lurus bendul dan mudah di pergunakan. Mungkin niat kau kesian kan aku tapi salah cara kau tu. Dengan menggunakan orang lain. Memang lah dia bukan orang lain tapi kenapa tak kau je yang teman aku ? Kau pujuk dia, kau merajuk dengan dia sebab dia tak nak ikut kita, offer dia macam-macam tapi itu tujuan kau ? What on earth ! Aku rasa pelik bila cakap macam ni sebab kau bukan orang lain dalam hidup aku. Dan aku tertanya, selepas kau buat macam tu kau rasa bersalah tak ? Kalau kau rasa mesti kau patah balik kat aku dengan dia kan ? Kita ni hidup dengan manusia, bukan dengan robot yang tak ada perasaan. Macam kau. Manusia yang ada hati, perasaan dan akal yang rasa, ingat sampai bila-bila tindakan kau tu. Apa kau rasa kalau orang lain buat macam tu kat kau ? Apa kau rasa kalau aku dengan dia buat macam tu kat kau ? Kau tak akan rasa apa-apa sebab kau memang tak berperasaan. Serious aku tak faham. Tak penting sangat apa yang aku rasa tapi dia. Dia yang kau jadikan mangsa. Kau ingat apa perasaan dia bila tahu perkara yang sebenar ? Rela ke dia yang tiba-tiba jadi mangsa keadaan ? Dah lah kau bagitahu pun tanpa rasa bersalah langsung ! Boleh gelak-gelak lagi ! Maigad tengah panas terik tu aku rasa nak smack-down je kau then buang kat dalam parit tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia tak macam kau. Disebabkan tindakan kau tu, aku dengan dia jadi semakin rapat. Saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat. Sangat sweet okay ! Haha. Patut berterima kasih juga kat kau sebab tu. Kan lagi bagus kalau kau ada sama sekali ?
Apa aku cakap ni, kejam ke ? Mungkin tapi apa yang kau buat tu lagi kejam ! Tanya lah sesiapa pun ! Kalau kau bukan kawan aku dah lama aku tampar kau time tu okay. Manusia memang tak ada yang sempurna dan itu mungkin ketidaksempurnaan kau. Aku dengan dia pun tak sempurna lagi-lagi untuk jadi orang yang terpenting dalam hidup kau. Aku sayang kau. Aku sayang dia. Please untuk tidak buat lagi atau, hidup kita ni ada hukum karma. Kau tahu tak karma tu apa ? Hargai apa yang ada di sekeliling kau sebelum kau menyesal bila benda tu dah tak ada untuk kau nanti. Ataupun bila aku dengan dia dah tak wujud dalam hidup kau. Kay :)
*macam penat lah baca banyak sangat perkataan 'kau' hoho :B*